Wednesday, February 20, 2013

TAHAP-TAHAP ILMU (ANUGERAH ALLAH)


Sesungguhnya pencapaian ILMU ALLAH adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikira manusia. Pencapaian teknologi zaman ini semata-mata berlandaskan kepada kajian dan kepintaran otak ikiran ke tahap ILMU QALAM. Ilmu Allah menjangkau lebih tinggi ke tahap ILMU GHAIB dan ILMU SYAHADAH.

ILMU QALAM boleh dikuasai oleh seluruh manusia Islam, Kafir, Kufur atau Murtad. tetapi melalui MENGENAL DIRI dan MENGENAL ALLAH dengan sebenar-benarnya , umat Islam boleh menguasai ilmu yang lebih tinggi yakni ILMU GHAIB dan ILMU SYAHADAH. Peluang terisimewa yang di kurniakan Allah kepada Islam inilah yang sebenarnya meletakkan tahap umat Islam kesuatu darjat yang paling tinggi. Kemuliaan yang teragung jika dibandingkan dengan manusia kafir dan kufur.

Sabda Rasulullah : "Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah." Oleh itu untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberiNya ilmu kepada manusia melalui aqal dan iman, dengan satu harapan supaya manusia mengetahui akan hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini, iaitu untuk berbakti kepada Nya dan untuk menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat, asma' dan afa'alNya. Sesungguhnya semua Ilmu yang ada pada manusia adalah ilmu Allah semata-mata, sedangkan pada hakikatnya manusia itu adalah kosong tidak bermaya. Manusia sebenarnya tidak berhak ke atas sesuatu atau dirinya, hanya Allah sahaja yang empunya.

ILMU QALAM, ILMU GHAIB

Berkaitan dengan Ilmu Qalam, Al-Quran dlm Surah Al Alaq ayat 3-5 menerangkan dan "Bacalah bahwa Tuhanmu Amat Pemurah yg mengajar kamu dgn (ilmu) kalam dan Tuhanmu mengajar kpd manusia apa-apa yg tidak diketahuinya."

Sedang mengenai ilmu ghaib dan ilmu syahadah diterangkan dlm Al Quran, Surah Al Hasyr ayat 22 yg bermaksud "Dialah Allah, yg tiada Tuhan kecuali Dia, Mengetahui yang (ilmu) ghaib dan (ilmu) syahadah. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

ILMU QALAM adalah suatu ilmu yg boleh dipelajari oleh manusia biasa bg tujuan utk memahami sesuatu di alam ini. Ilmu tersebut difahami dan diterima oleh pancaindera kita yg tujuh. Ilmu kalam diajar di sekolah secara formal atau inormal dlm masyarakat dan makhluk manusia dlm kehidupan sehari-hari. Contoh ilmu kalam ; ayat-ayat syifa & ruqyah pembinasa jin, ilmu kedoktoran, ilmu farmasi, ilmu ekonomi, ilmu hukum dll.

ILMU GHAIB adalah merupakan suatu ilmu yg dpt menerangkan sesuatu yg tidak dpt diterangkan oleh Ilmu Kalam. llmu Ghaib hanya dpt diajar sepenuhnya oleh guru ghaib(batin) dan tidak dpt diajarkan oleh guru zahir. Biasanya guru ghaib(batin) adalah terdiri dari wali-wali Allah, para Nabi dan Rasul-Rasul. Ilmu Ghaib biasanya hanya diajar dan diperoleh oleh orang2 tertentu shj iaitu orang2 yg dianugerahkan oleh Allah utk menerimanya atau kpd orang2 yg sedang menjalan jalan hakekat dan makrifat melalui jalan tasawuf atau sufi.

No comments: